Jumaat, 16 April 2010

Teruskan Bersyukur

HARTA yang paling untung adalah sabar, teman yang paling akrab adalah amal, pengawal yang paling waspada adalah diam, bahasa yang paling indah adalah senyum.

Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerah dan diberikan (nikmat).

Nak beriman, sanggup diuji. Nak beramal, sanggup menghadapi gangguan. Nak kehambaan, sanggup pada godaan. Nak keIslaman, sanggup pada tentangan kehidupan.

Ilmu keinsanan itu diperolehi apabila segala ujian, gangguan, godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketakwaan dan keredhaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan