Geng 606

Selasa, 24 Mac 2015

Apakah PPPB dan PBPPP??

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Apakah PPPB
PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.

Apakah PBPPP
PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan
Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut
Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP
1. Nilai profesional
2. Pengurusan aktiviti
3. Sumbangan
4. Kemahiran rofessional PdP

Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP
1. Keberhasilan PdP
2. Keberhasilan kaunseling
3. Keberhasilan kejurulatihan

Profil PPB Individu (File PPPB)
Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File.

Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.
— Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru
Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama: 
Jawatan:
Tempat Bertugas: 

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

PBPPP: Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



Muat turun dokumen berkaitan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)

Rabu, 11 Februari 2015

Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac....Akhirnya Turun Jugak!


PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.

Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri," katanya. ─ BH Online


Pelajar Perempuan Menghabiskan Tujuh Jam Sehari Menggunakan Telefon Bimbit


Tokyo: Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.

Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.
Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.

Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.

Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.

Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.

Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.

Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah - berumur seawal 10 tahun - menggunakan telefon genggam. ─ Agensi


GST: Sebenarnya harga kereta akan naik atau turun?



KUALA LUMPUR: Tersebar khabar angin yang mengatakan harga kereta akan turun dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ialah lebih rendah daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pengarah bahagian GST, Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata selepas mengambil kira pengagihan keuntungan secara margin, harga kereta dijangka 'lebih rendah', di bawah GST walaupun terdapat perbezaan antara GST dan SST.

"Industri automotif menjadi sangat efisien dan kompetitif secara bebeberapa tahun kebelakangan ini. Cukai hanya salah satu faktor.

"Syarikat pengeluar seharusnya menurunkan harga sekiranya kos pengeluaran rendah ekoran penurunan harga bahan mentah dan komponen kereta," katanya.

Harga besi dan bahan mentah mula turun sejak penurunan harga minyak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad berkata harga kereta mungkin akan naik dan bukannya turun.

Hal ini kerana syarikat pengeluar kereta sudah membayar 10 % dalam SST bagi kereta yang dibeli sebelum April dan mereka mereka yang membeli daripada pengedar atau pengeluar yang tidak berlesen hanya boleh membuat tuntutan balik 20% daripada cukai jualan yang telah dibayar.

"Bermula 1 April, pengguna terpaksa membayar 6 % GST. Secara keseluruhan, cukai yang perlu dibayar 8 % ( termasuk sebahagian daripada SST yang tidak akan dipulangkan) termasuk 6% GST. Ini bermakna harga kereta akan naik (dalam tempoh sementara) kerana anda perlu membayar cukai dua kali," kata Aishah.

Namun beliau berkata, GST hanyalah elemen yang kecil dalama menentukan harga kereta kerana elemen yang lebih besar menentukan harga adalah syarikat yang akan melaksanakan cukai tersebut dan membayarnya kepada Jabatan Kastam. Ia berjumlah antara 65 % hingga 105% bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan.

Faktor tersebut, merupakan sebab utama yang menjadikan harga kereta di Malaysia antara yang termahal di dunia.

"Kami telah meminta pengurangan cukai eksais namun jawapan yang kami terima masih sama, iaitu: 'Tidak'.

"Hasil kerajaan diperolehi daripada cukai (cukai eksais, SST dan cukai import) dan industri automotif di Malaysia menyumbang sebanyak RM7 bilion setiap tahun. Ia merupakan satu jumlah yang cukup besar."

Beliau menambah perbezaan antara dollar Amerika Syarikat terhadap Ringgit Malaysia turut memberikan kesan terhadap harga kereta.

Berbanding pada bulan Januari, perbezaan tukaran dollar Amerika Syarikat berbanding Ringgit Malaysia ialah 28% hingga 32%.

Kebanyakan syarikat pengedar kereta menggunakan nilai tukaran mengikut dolar Amerika Syarikat untuk membayar pakej mereka, termasuk kereta yang diimport daripada Jepun dan Korea Selatan.

Bukan itu sahaja kebanyakan alat komponen dan alat gantian kenderaan juga dijual dalam nilai dolar Amerika Syarikat.

"Dengan kadar pertukaran yang tinggi, mereka terpaksa mengatasi masalah ini dan apa yang boleh dilakukan adalah dengan menjual kenderaan mengikut harga pasaran sedia ada.

"Namun sampai bila mereka mampu bertahan dan menanggung kerugian? Sekiranya mereka rugi, akhirnya akan terpaksa menaikkan harga," katanya. - mStar

Rabu, 2 Julai 2014

Inilah Nasib Badan

Inilah panggilnya nasib badan. Panda dapat berjuta tapi rakyat sendiri dapat 5 ratus ringgit saja! Bukan tidak bersyukur tapi setimpal tak sebagai penghargaan kepada rakyat ni! Besar mana nilai yang diberi berbanding penggunaan juta RM kepada perkara yang tidak memberi faedah dan tidak menguntungkan. Cuba kita fikirkan bagaimana satu keluarga besar yang bergred rendah untuk membelanjakan gaji bersih bersama nilai bantuan tu sempena raya ni. Pastinya akan keluar ayat disuruh berbelanja secara berhemah dengan bantuan yang diterima! Pastinya keluarga ini akan tertekan dengan bebanan hidup semakin merisaukan. Nilai RM50 sekarang ni jika anda berbelanja untuk barangan rumah, nilainya cukup kecil apatah lagi RM500. Dan akhirnya, PASTINYA kita akan disuruh untuk berbelanja dengan berjimat cermat dan menghargai sumbangan yang diberikan. Yang berada di kiri dan kanan mereka senyap dan sunyi sepi tanpa memberikan sebarang komen bagi membela nasib rakyat. Kesatuan pula hanya YES BOSS! Apa nak jadi ni??

STOP....

Akhir sekali, kita kena ingat yang kita kena berserah segalanya kepadaNya.