Sabtu, 24 April 2010

Awas Sindiket 'Unit Kad Kredit Palsu Bank Negara'

Sekarang ini terdapat satu sindiket dimana penjenayah melakukan aktiviti scam melalui telefon dan mengatakan diri mereka wakil dari Bank Negara Malaysia. Mereka ini akan meminta mangsa supaya mendedahkan nombor akaun bank dan PIN akaun bank kepada mereka.

Antara modus operandi penjenayah ini adalah:-

* Mangsa akan di hubungi kononnya dari bank komersil meminta pengesahan transaksi kononnya di buat di luar negara dalam satu amaun yang besar.


* Mangsa biasanya akan menafikan transaksi itu. 'Pegawai' ini akan berpura-pura simpati lalu mengarahkan mangsa menghubungi 'Unit Kad Kredit Bank Negara'. Kemudian beliau akan memberikan nombor talian 03-2772-xxxx kepada mangsa.


* Mangsa akan menghubungi nombor itu dan panggilan akan dijawab oleh mesin automatik yang menyatakan talian telah di sambungkan ke Bank Negara. Seorang 'pegawai' akan menjawab panggilan itu.


* ‘Pegawai’ ini akan meminta maklumat akaun bank mangsa dan akan menyuruh mangsa memindahkan duitnya ke dalam akaun bank pihak ketiga di mana mereka menggunakan alasan untuk melindungi wang mangsa daripada penipuan kad kredit tadi.


* Ada juga kes di mana mangsa di minta mendedahkan nombor akaun dan pin supaya mereka dapat membawa lari wang dalam akaun dengan memindahkan ke akaun lain.


Bank Negara Malaysia telah membuat satu kenyataan akhbar yang mengesahkan bahawa tiada jabatan di dalam Bank Negara Malaysia yang dipanggil ‘Unit Kad Kredit Palsu’. Bank Negara Malaysia juga mengesahkan bahawa nombor telefon 03-2772-xxxx adalah bukan line telefon Bank Negara Malaysia.

Kalau nak membaca kenyataan media dari Bank Negara Malaysia klik di sini.

Untuk makluman lanjut mengenai sindiket ini klik di link ini http://fraudalert.bnm.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan