LANGKAWI: Keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi, 23, yang berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon, 27, akan diraikan pada Majlis Kembara Kasih oleh Kota Mahsuri Ulu Melaka di sini esok.
Kedua-dua mereka yang melangsungkan perkahwinan di Phuket Thailand pada 23 April lepas akan diberi sambutan meriah sebaik menjejak kaki di Kota Mahsuri Ulu Melaka di sini tengah hari esok, kata jurucakap penganjur di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-duanya tiba di sini semalam diiringi 49 anggota keluarga, termasuk datuknya, Wan Hashim Wan Hussain, 72; ibunya, Sumaini Yaji, 46; dan bapanya, Nawawi Wan Hashim, 46.
Wan Aishah dan Tongyon serta anggota keluarganya didatangkan khas dari Kampung Kemala, Phuket sempena majlis itu.
Pada majlis itu, pasangan berkenaan akan menghadiri majlis kenduri rakyat di Kota Mahsuri dan majlis persandingan di Kompleks Jeti pelancongan di Kuah. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan