SHAH ALAM - Walaupun keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, mendesak supaya polis memohon maaf atas kematian arwah remaja itu akibat terkena tembakan anggota perondanya namun permintaan itu enggan dilayan oleh pihak berkuasa itu.
Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berpendapat, individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.
Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.
"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.
"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan