PETALING JAYA: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)kini menawarkan rawatan extracorporeal shockwave myocardial revascularization (ESMR) kepada pesakit jantung tanpa mereka perlu menjalani pembedahan.
Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad berkata teknik perubatan tersebut adalah untuk pesakit jantung koronari yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung.
"ESMR adalah satu inovasi baru di mana shock wave (gelombang kejutan) ditujukan kepada otot jantung yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah. Rawatan akan merangsang penumbuhan salur-salur darah baru di dalam otot jantung.
"Ia akan menambahkan pengaliran darah kepada otot jantung dan sekaligus mengurangkan kesakitan jantung dan seterusnya dapat mengurangkan simptom pesakit," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran dan penyerahan alat ESMR kepada PPUM, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Ghauth Jasmon.
Wan Azizan berkata rawatan ESMR diberikan dari luar badan pesakit di mana setiap sesi rawatan mengambil masa satu jam sebanyak tiga kali seminggu.
"Pesakit tidak perlu tinggal di PPUM. Selepas menjalani rawatan selama seminggu, pesakit direhatkan untuk tiga minggu sebelum rawatan seterusnya. Pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak sembilan kali," katanya.
Beliau berkata kos bagi rawatan ESMR adalah kira-kira RM2,500.
Katanya PPUM akan menggunakan peralatan ESMR mulai esok yang diperolehi dengan kos RM2.8 juta.- BERNAMA
P/S- ayah sy sakit macam ni la nk buat angio 25 Mei ni... doakan ayah saya sihat dan dipanjangkan umurnya.UMMC sy nk refer ayah sy kt sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan