Sejak enam tahun yang lalu, saya telah menggunakan PLUS dari Sg. Petani Selatan ke tempat kerja di Bkt Mertajam. Tetapi pada pagi ini satu kejadian bersejarah telah berlaku.
Seperti biasa, saya akan sampai ke Tol Sg Dua antara jam 7.00 - 7.15 pagi. Sampai sahaja di tol tersebut saya telah mengeluarkan duit RM 3.60 lalu dihulurkan pada jurutol. Alangkah terkejutnya, didapati meter elektronik menunjukkan saya perlu membayar RM 6.70. Saya ingatkan Kerajaan telah menaikkan tarif tol, rupa-rupanya jurutol itu memberitahu saya datang dari tol Gurun. Saya berasa hairan, sedangkan saya datang dari tol Sg Petani Selatan.

Maka berlakulah kejadian yang saya amat benci pagi-pagi ni iaitu bergaduh. Jurutol itu menegaskan agar saya membayar Rm 6.70 tersebut kerana saya datang dari tol Gurun. Saya menyatakan kepada jurutol tadi yang saya datang dari SP Selatan bukannya dari Tol Gurun dan saya bukannya bermimpi.
Jurutol tersebut memanggil jurutol lain dan tetap menyatakan yang saya datang dari tol Gurun. Apalagi bertambah kemarahan saya lalu menjerkah jurutol tersebut agar segera membayar baki wang saya dengan jumlah yang betul.
Ahkirnya, Jurutol tersebut telah memulangkan baki wang saya dengan kadar dari SP Selatan. Kereta2 telah tersusun panjang waktu itu. Di sini saya membuat kesimpulan kesilapan berlaku di SP Selatan, Tol Sg Dua tidak bersalah. Rupa-rupa sistem tol PLUS ni masih kategori tahap BANGANG.
Kepada tol Sg Dua, jika anda inginkan kepastian lagi rujuk CCTV di SP Selatan. Itupun kalau berfungsi la...Jurutol yang cantik manis tu, abang minta maaf yer pagi-pagi dah kena TERJAH.....
pagi2 x baik jerkah2 org..yg plg minima kte leh buat, bw 'btendang' je..ahaksss..kalo awek tu jgn le 'btendang' cian dia. plg tidak pn mintak no telepon dh lps marah dia..ahaksss...
BalasPadam