Isnin, 31 Mei 2010

SEMBAHYANGLAH KAMU.....

TUAN2 DAN PUAN2!!!

Kalau nk sembahyang kt mana pun blh...atas Mavi Marmara pun boleh!!!

16 killed, Israel attacks Gaza aid fleet











P/S- MASYARAKAT DUNIA TENGOKLAH KEKEJAMAN ISRAEL JAHANAM NI...

"Peace activists" on Mavi Marmara attacking with metal batons

Saksi penjenayah dunia melakukan kekerasan pada aktivis yang menghantar bantuan ke Palestine....Marilah kita mengutuk serangan israel jahanam ni..



P/S- Mana pemimpin-pemimpin dunia yang kononnya lantang melawan penjenayah dunia. Pemimpin negara kita mana? Senyap....

Ya Allah, Selamatkanlah pejuang-pejuang negara Palestine...

Allah SWT berfirman: ” Sesungguh kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Al-Maaidah:82)

Sahabat…apakah yang perlu kita lakukan dari jauh di sini?

Apakah hanya sekadar memerhati atau sekadar bersimpati?

Hulurkan bantuan walau hanya dengan panjatan doa penuh ikhlas kepada Allah, semoga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, bumi Palestine akan bebas dari cengkaman rejim Zionis durjana.



P/S- Marilah kita berdoa agar aktivis yang menghantar bantuan ke Palestine sentiasa dilindungi Allah s.w.t....

Sabtu, 29 Mei 2010

Dr M:Teruskan pembinaan jambatan bengkok

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi pendapatnya bahawa kerajaan perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau.

"Ya," merupakan jawapan ringkas beliau terhadap pertanyaan pemberita sama ada beliau masih berpendapat pembinaan jambatan bengkok perlu diteruskan untuk menggantikan Tambak Johor.

Terdahulu pada dialog "Wacana Kepimpinan" di Johor Bahru, Dr Mahathir berkata pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura kerana keseluruhan jambatan itu terletak di dalam wilayah Malaysia.

"Itu adalah hak kita kerana kita mahu membinanya (jambatan bengkok) di dalam wilayah kita," katanya sambil menambah keadaan berlainan jika kerajaan mahu membina sebuah jambatan lurus bagi menggantikan Tambak Johor.

Pembinaan jambatan lurus memerlukan persetujuan Singapura, tetapi beliau tetap berkeyakinan bahawa republik itu akan mempersetujui pembinaannya kerana ia adalah sesuatu yang baik.

Dr Mahathir berkata semasa menjadi perdana menteri, beliau pernah berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor tetapi menghentikan rundingan itu selepas dua tahun menunggu jawapan daripada republik tersebut.

Hanya selepas itu katanya, beliau mencadangkan pembinaan jambatan bengkok yang tidak memerlukan persetujuan Singapura.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata, projek pembinaan jambatan bengkok itu dihentikan apabila penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu terus berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus.

"Saya jadi PM 22 tahun, rundingan dengan Singapura tiada hasil," katanya.

Pembinaan jambatan bengkok yang mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil belayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau buat pertama kali, kata Dr Mahathir.

- Bernama

Kembalikan Motosikal 70cc....

Kategori mangsa kemalangan jalan raya yang paling terjejas teruk di Malaysia ialah mereka yang berada dalam kumpulan berusia 16 hingga 25 tahun yang menunggang motosikal dan memandu kereta.

Mereka memerlukan paling banyak perhatian dan kefahaman yang lebih baik berhubung kesedaran keselamatan. Rancangan sedang dijalankan untuk mendidik mereka yang berada dalam kumpulan kategori ini.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pihak berkuasa terhadap usaha mereka ini tetapi menggesa pihak berkuasa untuk tidak berkompromi atau terlalu berlembut terhadap kumpulan ini.

CAP juga sebelum ini telah mencadangkan agar had usia 17 tahun dinaikkan kepada yang lebih tinggi sebelum seseorang itu layak untuk menunggang motosikal dengan kapasiti enjin maksimum 70cc sahaja.

Apabila penunggang mencapai usia 21 tahun barulah mereka layak untuk menduduki ujian bagi melayakkan mereka menunggang motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi.

Motosikal dengan kapasiti enjin 70cc perlu diperkenalkan semula. Memandangkan remaja cenderung untuk memecut, had ini akan membataskan mereka. Perkara ini diamalkan di beberapa negara barat.

Langkah oleh pihak berkuasa pengangkutan jalan untuk mengurangkan bayaran bagi pelajar untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal tidak akan membantu untuk mencegah kemalangan jalan raya.

Ini dilakukan dengan harapan remaja tidak akan menggunakan kenderaan ibu bapa mereka secara tidak sah.

Sebagai ganti lesen memandu seharusnya menjadi sukar untuk diperolehi. Pemandu yang sedang belajar perlu menjalani tempoh latihan yang lebih panjang sebelum mereka menduduki ujian memandu dan ujian memandu juga mestilah dibuat dengan lebih sukar.

CAP sekali lagi menggesa pihak berkuasa supaya bertindak tegas dengan penunggang dan pemandu muda, dengan meningkatkan had usia kelayakan untuk menunggang dan memandu, menghadkan mereka kepada kapasiti enjin yang lebih rendah dan menjadikan kesukaran untuk mendapatkan lesen.-CAP

Khamis, 27 Mei 2010

Demo Judi Bola...

Makluman

Satu perhimpunan untuk menentang Penghalalan Judi Bola akan diadakan pada petang ini lepas Solat Jumaat di Perkarangan Jam Besar Sg.Petani pada pukul 2.30 petang. Jesteru itu, adalah diharapkan pada semua penduduk Negeri Kedah dapat hadir bersama atau senada bersama2 kita berdemo,,membantah masalah lesen judi yg telah di persetujui oleh orang yang tidak berilmu. Harus diingatkan jgn kerana si luncai seorang, satu malaysia yg sengsara......

Harga petrol

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Cadangan itu dibuat pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.
Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan juga dijangka akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaimanapun belum ada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan bertindak dalam jangkamasa terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu juga membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada tahun :
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan - semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

Isnin, 24 Mei 2010

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Waktu Lunch

Semalam sambil blogwalking, saya sempat check email. Ada satu email yang menarik tajuk dia Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Waktu Lunch. Di sini saya nk kongsi dengan geng bloggers tentang email ini. Betul atau tidak kenyataan email ini dan cuba beri pendapat kalian dengan sejujurnya tanpa memihak kepada mana2 gender! Jom baca...

Lelaki


1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan


1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Bacalah Yasin...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.

Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Surat Terbuka Buat Ibu Bapa: Murid Malas Bukan Salah Cikgu

Mengarut..
Kurang Multiple Intelligence lah..
Tiada multimedia dalam pengajaran lah..
Bahan bantu mengajar tidak kreatif inovatif lah..
Aktiviti pengajaran guru tidak menarik lah..
Gaya pengajaran guru membosankan lah..
Pembelajaran terlalu berpusatkan guru lah..
Guru terlalu serius lah..
Kata mereka..
"Itu sebab ramai pelajar berasa malas belajar dalam kelas"
"Itu sebab pelajar gagal dalam ujian.."
Ini semua salah cikgu..
"Cikgu yang tidak pandai mengajar.."
"Cikgu tidak pandai menarik minat murid.."

Ramai orang lama yang bijak pandai sekarang..
Lahir dari pendidikan yang tradisional dan kolot juga..
Tiada kem-kem motivasi psikologi pada waktu itu..
Tak perlu cikgu sibuk-sibuk pasal bahan bantu mengajar kreatif setiap hari..
Tak perlu cikgu sibuk-sibuk pasal memujuk pelajar untuk belajar..
Namun, mereka ramai berjaya..
Berjaya walaupun berada di dalam sistem pendidikan yang kolot..
Kerana kunci kejayaan mereka adalah tanggungjawab..
Belajar sampai pandai itu satu tanggungjawab..

Kunci yang harus ada pada setiap pelajar adalah tanggungjawab..
Kemalasan hanya akan menghadiahkan sebuah kegagalan..
Jika mereka sentiasa berpegang bahawa..
Belajar sungguh-sungguh itu adalah satu tanggungjawab..
Tanggungjawab kepada Allah..
Tanggungjawab kepada ibu bapa..
Tanggungjawab kepada diri sendri..
Belajar sungguh-sungguh untuk masa depan..
Walaupun subjek tidak menarik..
Walaupun cikgu tidak pandai membuat lawak..
Walaupun aktiviti yang sama membosankan..
Walaupun alat mengajar cikgu hanya biasa-biasa..
Pelajar itu akan menguatkan semangatnya untuk terus belajar..
Kerana dia tahu bahawa..
Belajar sungguh-sungguh itu adalah satu tanggungjawab..
Untuk berjaya di dalam peperiksaan..
Demi masa hadapan..

Sedangkan mereka tidak faham apa yang telah diajar cikgu..
Kerana bermain semasa cikgu mengajar..
Kerana berbual semasa cikgu menjelaskan..
Kerana memandang tempat lain semasa cikgu menunjukkan..
Kerana berfikiran melayang di dalam kelas..
Kerana tidak mahu bertanya jika tidak faham..
Kerana sekadar menyalin tetapi tidak mahu memikirkan..
Kerana tidak menyempurnakan latihan yang diberikan..
Penyakit malas mereka adakah salah cikgu..?

Macam mana untuk menanamkan rasa tanggungjawab belajar ini ke dalam diri anak-anak ?
Agar anak-anak tidak malas-malas..
Dan tidak main-main ke sekolah..
Siapa yang harus menanamkannya semenjak awal ?
Ibu bapa...
Ibu bapa..
Ibu bapa..
Semenjak dari rumah lagi..

Bukannya kerja gila si cikgu di sekolah..

P/S- CREDIT TO http://cikguaziz.blogspot.com/

Sabtu, 22 Mei 2010

Akademi Al-Quran 4


Akademi Al-Quran yang telah berjaya melakar penanda aras baru dalam acara tilawah kini muncul dengan musim keempat.

Sambutan yang amat memberangsangkan membuatkan TV9 menambah jumlah lokasi ujibakat ke lapan lokasi. Sesi ujibakat bermula bulan depan di lokasi-lokasi berikut:

2-3 Feb: Dewan Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
5-6 Feb: Dewan Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
9-10 Feb: Dewan Kompleks Islam, Kota Bharu, Kelantan
12-13 Feb: Auditorium Kompleks Sri Iman, Jabatan Hal-Ehwal Agama, Terengganu
15-16 Feb: Dewan Pejabat Agama Islam, Kuantan, Pahang
19-20 Feb: Auditorium Kompleks Islam, Hjohor Bahru
22-23 Feb: DEWAN Masjid Al-‘Azim, Ayer Keroh, Melaka
27-28 Feb: Auditorium Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Rancangan realiti ini bertujuan melahirkan generasi yang mempunyai bakat dan kemahiran dalam membaca kitab suci Al-Quran. Musim terbaru AQ4 akan memperkenalkan banyak kelainan dan beberapa konsep baru yang lebih menarik. Ujibakat juga dilebarkan untuk memberi peluang kepada golongan yang lebih muda meliputi usia 13 – 25 tahun.

Dasar Satu Murid Satu Sukan

KUALA LUMPUR: Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkansemangat persaingan yang sihat.

Katanya, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan BolaSepak Piala Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoriadi sini hari ini. Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0. - BERNAMA

Judi bola tak dapat diterima

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

- Bernama

Rabu, 19 Mei 2010

Mari Mengenal Dot Braille

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada kali ini saya akan memperkenalkan dot-dot Braille kepada kawan2. Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille dan Dot Braille adalah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap.

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:


dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.

Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

Selasa, 18 Mei 2010

LHDN DI MAKI HAMUN....

Petang tadi saya baru selesai menjelaskan cukai-cukai secara online seperti cukai pintu dan cukai tanah. Sambil saya online, saya telah melihat imej-imej dalam Google. Taip saja perkataan apapun, mesti Google akan memaparkan gambar yang yang ditapis mahupun uncensored.
Tetapi ini yang paling menarik, betapa marahnya seorang pembayar Cukai LHDN. Kawan-kawan bacalah borang di atas ini, luahan seorang pembayar cukai. Harap LHDN lebih bersikap terbuka kerana mungkin si pembayar cukai ini betul-betul mencari rezekinya siang dan malam....

Sila klik untuk enlarge gambar ni.... dan tafsirlah mengikut pandangan anda!!

Sabtu, 15 Mei 2010

Teknik Juru Pandu Celik

بسم الله الرحمن الرحيم

Video ini memaparkan tentang Teknik Juru Pandu Celik. Juru Pandu Celik akan membantu Orang Kurang Upaya Penglihatan untuk bergerak dengan menggunakan teknik yang betul. Saksikan Video di bawah..

Teknik Menggunakan Tongkat Putih

بسم الله الرحمن الرحيم

Di dalam video ini dapat diterangkan cara dan teknik menggunakan tongkat putih. Sama-samalah kita belajar untuk mendekati Orang Kurang Upaya penglihatan.

Jangan Kata Tak Boleh!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم



It's Not The End.........

Selamat Hari Guru 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

SELAMAT HARI GURU
Tema Hari Guru 2010: "Guru Pembina Negara Bangsa"

Khamis, 13 Mei 2010

Memori suram 13 Mei

Ianya bermula apabila keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 diumumkan pada hari berikutnya.

Buat pertama kalinya sejak kemerderkaan, Perikatan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di Kelantan dan Pulau Pinang.


Dewan undangan negeri Selangor dan Perak pula digantung kerana tiada parti yang mencapai kemenangan majoriti.

Bagaimanapun, di Selangor, Perikatan kemudiannya dapat menguasai negeri itu selepas mendapat sokongan calon Bebas tunggal.

Untuk merayakan kemenaangan itu, pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei dengan kebenaran pihak polis.

Penyokong India dan Cina parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang ketika itu, turut menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh ikon Gerakan Dr Tan Chee Khoon dari klinik dan pejabat politiknya, Tan Dispensary, yang terletak di Jalan Batu (sekarang dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman).

Dalam memoirnya 'May 13 Before and After' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman berkata perarakan untuk 1,000 anggota parti itu telah bertukar menjadi perarakan samseng.

Beliau menulis bahawa kegilaan ekoran kemenangan itu mencapai kemuncaknya dan orang ramai tidak dapat dikawal lagi.

Menurut Tunku lagi pihak komunis mengambil kesempatan dengan membakar emosi mereka.


Perarakan itu kemudian berubah haluan menuju ke Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) dan Jalan Hale (sekarang Jalan Raja Abdullah) menuju ke kampung majoriti orang Melayu - Kampung Melayu - dan melalui kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris.

Menurut seorang saksi yang berusia 18 tahun ketika itu, mereka berarak sambil membawa penyapu, cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu akan disapu. Katanya, mereka membawa penyapu untuk menyapu Datuk Harun dari rumahnya itu.

Dalam keghairan untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa, mereka melaungkan kata-kata menghina orang Melayu di kawasan itu sambil memperlihatkan pelakuan yang kurang ajar. Pada saat itulah ia membangkitkan kemarahan orang Melayu, katanya.

Demonstrasi itu kemudiannya reda, tetapi ia tidak berakhir di situ apabila orang Melayu pula merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari berikutnya.

Rumah menteri besar yang kini merupakan tapak pembinaan kondominium, dijadikan pusat operasi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Menurut para saksi, orang Melayu dari beberapa kubu kuat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, telah berhimpun di rumah Datuk Harun dengan bersenjata seperti batang kayu dan parang.

Berita dilaporkan bahawa orang Cina telah menyerang dua orang Melayu di Setapak. Dan pertumpahan darah bermula kira-kira jam 6 petang.

Burung camar tertusuk damar

SCARBOROUGH, Britain - Seekor burung camar masih hidup setelah kepalanya tertusuk damak dari busur silang akibat perbuatan kejam manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih ajaib, burung itu masih dapat terbang seperti biasa walaupun damak itu tertusuk di kepalanya.

Camar malang itu ditemui oleh Graham Rhodes iaitu seorang jurugambar yang tinggal di sini.

"Ia adalah kes serangan kedua terbaru di sini setelah seekor lagi burung camar ditemui dengan sayap yang tercedera," kata Rhodes.

Menurutnya, banyak burung camar datang ke bandar itu semasa musim mengawan dan dia kerap melihat burung tersebut bersama pasangannya semasa keluar bersiar-siar. - Agensi

P/S- Manusia kejam mana la yg buat penganaiyaan pada si camar ni... Nanti di akhirat manusia tersebut akan diperlakukan seperti mana dia lakukan pada si camar ni....tunggu...

Polis tidak akan mohon maaf

SHAH ALAM - Walaupun keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, mendesak supaya polis memohon maaf atas kematian arwah remaja itu akibat terkena tembakan anggota perondanya namun permintaan itu enggan dilayan oleh pihak berkuasa itu.

Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berpendapat, individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.

Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.

"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam

Johan Bergaduh...

SEREMBAN – Pelawak, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak (gambar) cedera di muka sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dibaling dengan gelas kaca oleh seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sini petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku sewaktu Johan, 26, berbincang dengan pengarah drama, Javerd Nizar dalam sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini selepas selesai satu sesi penggambaran drama pada pukul 5.30 petang.

Perbincangan itu bagaimanapun bertukar menjadi pertelingkahan dan membawa kepada tindakan mengejutkan dengan Javerd membaling gelas kaca yang ada di atas meja ke arah Johan.

Gelas itu tepat kena ke muka Johan sehingga menyebabkan mukanya berdarah.

Satu sumber berkata, Johan berada di Seremban bagi menjalani penggambaran drama seram bertajuk Bisikan Arwah.

Drama itu turut dibintangi oleh isterinya, Ozlynn Wati Ismail atau dikenali sebagai Ozlynn.

Pertengkaran itu dipercayai berlaku selepas pengarah berkenaan menegur sikap peserta program Raja Lawak musim pertama itu yang didakwa sering lewat tiba di lokasi penggambaran yang baru berlangsung selama lima hari itu.

Terima Undangan Dan Hadiah


Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”

Riwayat Hadith Al-Bukhari

Huraian:

1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.

2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.

3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Liwat II: Saiful Tidak Basuh Dubur Selama Dua Hari

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak membasuh duburnya selama dua hari kerana mahu menyimpan bukti kukuh selepas mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful, 25, mengakui dia tidak mandi selepas diliwat Anuar pada 26 Jun 2008.

Menjawab pertanyaan Karpal Singh yang mewakili Anwar berkata, dia hanya mandi sepenuhnya pada pagi 26 Jun dan hanya ‘membilas’ duburnya selepas diliwat.

Tambahnya, dia tidak mandi dan tidak membasuh dubur selepas kejadian itu kerana mahu menyimpan bukti kukuh.

Mengenai sebab dia tidak membuat laporan polis, katanya mahu mendapatkan nasihat daripada beberapa pihak sebelum berbuat demikian.

“Saya mahu mendapatkan nasihat kerana ia melibatkan maruah saya,” kata Mohd Saiful, yang merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan berhubung kes liwat berprofil tinggi hari ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, katanya, beliau mendapatkan nasihat daripada bapa saudaranya, Tuah Mohd Halim, rakannya, Rahimi Osman dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor, Datuk Mumtaz (Jaafar) dan seorang guru agama.

Ketika ditanya kenapa dia tidak pergi membuat laporan segera di balai polis, Mohd Saiful tidak menjawabnya.

Bagaimanapun, Mohd Saiful bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa dia tidak menggunakan peluang untuk membuat laporan polis selama dua hari selepas kejadian itu.

Katanya, laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.

Mohd Saiful bersetuju untuk memberikan kenyataan kepada Malaysiakini bertajuk ‘Saiful: Saya diliwat tanpa rela’ yang disiarkan pada 15 Ogos 2008.

Ketika ditunjukkan keratan laporan dalam taian itu, Mohd Saiful diminta untuk meneliti kenyataan itu berulang-kali dan membalas bahawa dia telah memberitahu wartawan terbabit bahawa dia telah diliwat Anwar untuk kali pertama.

Bagaimanapun, dia mempertahankan telah tersalah faham soalan wartawan berkenaan.

Dia mengesahkan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memperbetulkan kesilapan itu pada laporan dalam talian itu kerana tidak membacanya atau mengambil tahu mengenai perkara itu.

Karpal mengingatkan Mohd Saiful yang dia boleh dipenjarakan sekiranya didapati memberikan keterangan palsu.

“Saya tidak dapat mengesahkannya 100 peratus sama ada ia adalah benar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Saiful menafikan ketika ditanya sama ada dia berbohong dalam mahkamah apabila dia dikatakan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di kediamannya pada 24 Jun 2008 bagi mengadu diliwat Anwar beberapa kali.

Ditanya sama ada dia penyokong kuat Umno, dia menjawab: “Saya menyokong Barisan Nasional tetapi mengundi R. Sivarasa dan Elizabeth Wong pada pilihan raya yang lepas."

Dalam perbicaraan itu, Karpal menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang pengkhianat.

Bagaimanapun, Mohd Saiful tidak bersetuju kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

Beliau turut tidak bersetuju terhadap cadangan lain yang mengatakan kejadian liwat itu dirancang oleh beliau dengan bantuan Najib dan polis.

Mohd Saiful mengakui beliau memberitahu pegawai kanan polis Asisten Komisioner Mohd Rodwan Mohd Yusof yang kini Datuk berpangkat Senior Asisten Komisioner 1 bahawa dia telah diliwat oleh Anwar beberapa kali di dalam dan luar negara.

Mengenai kelewatan dia tiba di kondominium untuk berjumpa Anwar pada 26 Jun, Mohd Saiful berkata, ia kerana dia cuba mengelak daripada diekori sebuah motosikal.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraannya sementara menunggu keputusan rayuan beliau mengenai penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat.

Hakim Mohammad Zabidin Mohd. Diah dalam penghakimannya mengetepikan permohonan itu kerana tiada keadaan khas bagi memberikan penangguhan.

Katanya, beliau mengetepikan permohonan kerana ia bersifat prosedur dan tidak boleh dibuat rayuan.

Perbicaraan diteruskan secara tertutup pada jam 2.15 petang.

P/S- Kes ni dah boleh dijadikan bahan lawak....

Ahad, 9 Mei 2010

Bangang....

Sejak enam tahun yang lalu, saya telah menggunakan PLUS dari Sg. Petani Selatan ke tempat kerja di Bkt Mertajam. Tetapi pada pagi ini satu kejadian bersejarah telah berlaku.

Seperti biasa, saya akan sampai ke Tol Sg Dua antara jam 7.00 - 7.15 pagi. Sampai sahaja di tol  tersebut saya telah mengeluarkan duit RM 3.60 lalu dihulurkan pada jurutol. Alangkah terkejutnya, didapati meter elektronik menunjukkan saya perlu membayar RM 6.70. Saya ingatkan Kerajaan telah menaikkan tarif tol, rupa-rupanya jurutol itu memberitahu saya datang dari tol Gurun. Saya berasa hairan, sedangkan saya datang dari tol Sg Petani Selatan.
Maka berlakulah kejadian yang saya amat benci pagi-pagi ni iaitu bergaduh. Jurutol itu menegaskan agar saya membayar Rm 6.70 tersebut kerana saya datang dari tol Gurun. Saya menyatakan kepada jurutol tadi yang saya datang dari SP Selatan bukannya dari Tol Gurun dan saya bukannya bermimpi.

Jurutol tersebut memanggil jurutol lain dan tetap menyatakan yang saya datang dari tol Gurun. Apalagi bertambah kemarahan saya lalu menjerkah jurutol tersebut agar segera membayar baki wang saya dengan jumlah yang betul.

Ahkirnya, Jurutol tersebut telah memulangkan baki wang saya dengan kadar dari SP Selatan. Kereta2 telah tersusun panjang waktu itu. Di sini saya membuat kesimpulan kesilapan berlaku di SP Selatan, Tol Sg Dua tidak bersalah. Rupa-rupa sistem tol PLUS ni masih kategori tahap BANGANG.

Kepada tol Sg Dua, jika anda inginkan kepastian lagi rujuk CCTV di SP Selatan. Itupun kalau berfungsi la...Jurutol yang cantik manis tu, abang minta maaf yer pagi-pagi dah kena TERJAH.....

Selamat Hari Emak Dan Hari Ayah....

بسم الله الرحمن الرحيم


Buat Emak dan Ayah saya yang tercinta.....

"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

بسم الله الرحمن الرحيم
PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu." Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

mstar

p/s- skrg ni penyamun dh baik la....xmcm ....

Loghat....

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara loghat utara dengan loghat pantai timur,yang mana lebih munasabah?

Jawapannya loghat pantai timur..

Cuba perhatikan dialog di bawah..

Bahasa Malaysia standard: 'Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi emaknya tiada di situ..'

Loghat utara:'dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak..'

Loghat pantai timur:'dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok'

Kesimpulan: Tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, memang munasabah hehehe..

Jumaat, 7 Mei 2010

Mendirikan Masjid

Hadith : Dari Muhammad bin Labid r.a katanya:”Ketika Usman bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju. Mereka lebih suka membiarkannya sebagaimana adanya. Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga.”

(Muslim)

Huraian:

1. Rumah ibadat umat Islam adalah masjid. Masjid menampilkan sistem keagamaan yang terbuka di mana ibadah di dalamnya boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang beragama Islam. Dengan berbekalkan ilmu fardu ain sudah mencukupi bagi seseorang untuk menjadi imam bagi mengetuai sembahyang berjemaah di masjid. Begitu juga dengan bilal. Sesiapa pun boleh menjadi bilal. Apabila masuk saja waktu sembahyang, sesiapa pun boleh tampil dan menjadi bilal. Berbeza dengan agama lain, tanpa paderi atau sami, upacara agama tidak boleh dilakukan.

2. Dalam Islam urusan lantikan oleh jabatan agama hanya untuk melicinkan pentadbiran dan bukannya bermakna kedudukan imam, bilal dan khatib adalah lebih tinggi daripada jemaah.

3. Semangat institusi masjid terserlah dalam semua amalan Islam. Nilai dalamannya ialah persamaan di mana ilmu agama terbuka untuk semua orang Islam. Sesiapa pun boleh mempelajari dan mengamalkannya. Masjid juga melambangkan hubungan langsung seseorang individu manusia dengan Allah SWT. Tidak ada perantaraan seperti melalui paderi dan sebagainya sebagaimana yang berlaku pada agama-agama lain.

4. Orang yang membina atau mendirikan masjid dijanjikan Allah SWT pahala yang besar dan ganjaran yang istimewa di akhirat kelak. Namun, pembinaan masjid yang banyak dan indah tidak memberi sebarang makna sekiranya ia tidak dihidupkan dengan ibadah oleh penduduk di sekelilingnya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wan Aishah Akan Dirai Pada Majlis Kembara Kasih

LANGKAWI: Keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi, 23, yang berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon, 27, akan diraikan pada Majlis Kembara Kasih oleh Kota Mahsuri Ulu Melaka di sini esok.

Kedua-dua mereka yang melangsungkan perkahwinan di Phuket Thailand pada 23 April lepas akan diberi sambutan meriah sebaik menjejak kaki di Kota Mahsuri Ulu Melaka di sini tengah hari esok, kata jurucakap penganjur di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya tiba di sini semalam diiringi 49 anggota keluarga, termasuk datuknya, Wan Hashim Wan Hussain, 72; ibunya, Sumaini Yaji, 46; dan bapanya, Nawawi Wan Hashim, 46.

Wan Aishah dan Tongyon serta anggota keluarganya didatangkan khas dari Kampung Kemala, Phuket sempena majlis itu.

Pada majlis itu, pasangan berkenaan akan menghadiri majlis kenduri rakyat di Kota Mahsuri dan majlis persandingan di Kompleks Jeti pelancongan di Kuah. -BERNAMA

Rita, suami didenda kahwin di luar kariah

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.

Pasangan itu bakal berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

Rabu, 5 Mei 2010

Ciri-ciri Lelaki/ Suami Soleh

Cinta wanita itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Selasa, 4 Mei 2010

PPUM cipta sejarah perubatan

KUALA LUMPUR 4 Mei - Sehari selepas memperkenalkan alat rawatan jantung tanpa pembedahan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini buat pertama kalinya merawat seorang pesakit jantung kronik di Malaysia menggunakan teknik tersebut.

Seorang warga emas yang merupakan pesakit pertama mendapatkan rawatan Extracorporeal Shockwave Myocardial Revascularization (ESMR) itu sebelum ini hampir putus harapan apabila doktor mengesahkan tiga saluran darah pada jantungnya tersumbat.

Masnguti Othman, 63, dari Sungai Besar, Selangor yang didapati tidak sesuai untuk rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung kerana salur darahnya kecil, kelihatan tenang apabila dirawat menggunakan terapi ESMR.

"Saya tidak merasa sakit semasa menerima rawatan ini. Sebelum ini, saya tidak boleh berjalan lebih dari 10 meter dan sering merasa sakit di dada," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rawatan oleh sekumpulan doktor PPUM itu mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dan ia turut mendapat khidmat nasihat daripada seorang pakar kardiologi dari Fakulti Perubatan, University of Duisburg-Essen, Jerman, Dr. Alexander Lind.

Turut hadir, pensyarah kanan dan ahli kardiologi PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob.

Dalam pada itu, Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof. Wan Azman Wan Ahmad berkata, ESMR berperanan menghantar gelombang kejutan pada dos berbeza ke atas beberapa otot jantung yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah (ischemia).

Beliau berkata, penghantaran gelombang kejutan tersebut akan merangsang pertumbuhan pembuluh darah yang baru di dalam otot jantung (angiogenesis) seterusnya menggalakkan pembekalan oksigen dalam bekalan darah.

"ESMR ini boleh dilihat sebagai rawatan pelengkap kepada pesakit jantung setelah mereka masih tidak pulih dengan memakan ubat melalui preskripsi doktor dan tidak sesuai menjalani rawatan pintasan jantung atau angioplasti.

"Kelebihannya ialah ia tidak memerlukan sebarang pembedahan sekali gus tidak meninggalkan sebarang parut pada tubuh badan selain tiada kesan sampingan," katanya.

Dalam pada itu, Zul Hilmi berkata, pesakit tersebut perlu menjalani rawatan tiga kali dalam seminggu untuk minggu pertama sebelum dia direhatkan selama tiga minggu.

"Rawatan seterusnya akan dijalankan pada minggu kelima dan kesembilan di mana tiga lagi sesi rawatan akan dijalankan bagi tiap-tiap minggu tersebut.

"Secara keseluruhannya, pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak sembilan kali," katanya.

Wanita miliki payu dara gergasi dibedah

LIMA - Seorang ibu anak empat di utara Peru, Julia Manihuari terlantar di katil selama enam bulan disebabkan payu daranya terlalu besar, lapor sebuah akhbar semalam.

Payu dara Manihuari, 29, berterusan membesar pada setiap hari sehingga menyamai saiz perutnya selepas dia melahirkan anak lelaki ketiga, tujuh tahun lalu.

"Payu dara saya menjadi amat besar sehingga saya berasa sakit kerana kulit saya terlalu tegang dan saya turut mengalami sesak nafas," katanya.

Beberapa doktor kemudian memberitahu, Manihuari menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia iaitu pembesaran kelenjar susu selepas dia dibawa ke sebuah hospital di negara itu dengan bantuan pembiayaan daripada media tempatan.

Bimbang payu dara wanita itu akan merosakkan paru-parunya, beberapa doktor melakukan pembedahan selama enam jam pada bulan lalu dan membuang lebih 15 kilogram daging pada buah dada Manihuari.

"Sebelum menjalani pembedahan, saya langsung tidak dapat bergerak, keadaan saya amat teruk selepas payu dara saya dapat menyentuh paha saya," katanya. - Agensi


Duduk dalam keadaan terbalik 20 minit

NORTHALLERTON, Britain - Dua orang duduk dalam keadaan terbalik selama 20 minit apabila rollercoaster yang mereka naiki terhenti dengan tiba-tiba kerana masalah mekanikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedua-dua mereka yang tergantung pada ketinggian 15.24 meter diselamatkan oleh beberapa kakitangan taman permainan di Flamingo Land dekat bandar Malton, Yorkshire Utara.

Seorang lelaki, Nigel Warburton telah merakamkan gambar kejadian itu yang berlaku kelmarin.

"Terdapat ramai orang yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada akhbar The Northern Echo.

Taman permainan yang bernilai £4 juta (RM12.85 juta) itu dibuka pada Julai lalu. - Agensi


Pengemis di Teheran dapat RM4,815 sebulan

TEHERAN- Pengemis-pengemis di Teheran memperoleh pendapatan AS$1,500 (RM4,815) sebulan, lima kali ganda daripada gaji minimum pekerja di Iran, lapor agensi berita Mehr semalam.

Menurut seorang pegawai yang mengendalikan perkhidmatan sosial di Teheran, Sadegh Avvali, pengemis-pengemis itu memperoleh pendapatan AS$50 (RM160.74) sehari.

Dia berkata, kebanyakan pengemis itu datang dari kampung dan kawasan pekan terpencil tetapi terdapat juga warga asing.

Gaji minimum pekerja di Iran ialah kira-kira AS$300 (RM964.44) sebulan dan kebanyakan penduduk di negara tersebut percaya bahawa memberi sedekah merupakan satu bentuk kebajikan.

Berdasarkan inisiatif pihak perbandaran, pengemis dan golongan tidak berumah akan dihantar ke beberapa pusat perlindungan pada waktu malam. - AFP

p/s- alamak kalah gaji engineer ni... Malaysia pulak mcmn agaknya????

Suami toreh kemaluan isteri

MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.

Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.

“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

P/S- apa la nk jadi skrg ni...suami bunuh isteri, dera mendera, belasah ni pula toreh menoreh! jd rubber tapper la...