Sabtu, 28 Ogos 2010

Lelaki dan Perempuan....

Pada malam Khamis yang lalu, selesai sahaja terawih, Masjid Taman Ria telah mengadakan takzirah bersempena Nuzul Quran. Penceramah dari Jabatan Mufti Negeri Kedah iaitu Ustaz Mohamad Isa telah diundang menyampaikan takzirah.

Takzirah banyak berkisar tentang masyarakat Islam kini dan permasalahan yang menjadi topik panas iaitu pembuangan bayi. Ustaz M.Isa telah menyampaikan satu fakta menarik tentang lelaki dan perempuan iaitu pergaulan. Menurut Ustaz M.Isa, pergaulan lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas yang perlu diawasi setiap masa. Begitu juga dengan tahap pemikiran kedua-dua jantina ini. Lelaki bodoh dan perempuan bodoh jarang menimbulkan masalah dalam pergaulan (umpama tikus tengok besi). Tetapi perlu juga diperhatikan kerana tindakan mereka mungkin boleh berlaku kejadian lebih buruk (bunuh bayi atau buang bayi). Jika lelaki bijak dan perempuan bodoh inilah yang perlu diawasi (umpama lebah menghidu manisan). Lelaki bijak akan mengambil kesempatan ke atas perempuan yang bodoh ini. Sebaliknya jika ada lelaki bodoh, perempuan selalunya akan berada jauh dari lelaki seperti ini (tiada tarikan). Masalah lain pula akan timbul jika lelaki bijak bertemu dengan perempuan bijak iaitu penceraian(pandai cakap dan tipu-helah). 

Yang paling penting ialah bagaimana seseorang individu itu menjaga batas-batas pergaulannya sama ada di sekolah, pejabat, kedai atau di tempat-tempat awam. Perkara-perkara di atas perlu diambil perhatian bagi setiap lelaki dan perempuan dalam pergaulan. Marilah sama-sama kita menjaga batas pergaulan bagi memelihara maruah diri berpandukan Quran Dan Sunnah. Jom sama-sama kita fikirkan......

1 ulasan:

  1. jaga hubungan biar bersih dari dosa...ni bulan puasa pun couple sakan...

    BalasPadam