Isnin, 23 Ogos 2010

Chermaine Poo Pun Mahu Berpuasa Penuh....

PADA tahun lalu, bekas ratu cantik kecil molek, Chermaine Poo berjaya berpuasa separuh jalan semasa bulan Ramadan.Bagaimanapun, pada tahun ini dia berhasrat untuk berpuasa penuh sama seperti umat Islam yang lain.

Dia sedar berpuasa bukan sahaja menyihatkan badan bahkan mengajarnya erti keserdahanaan serta kesyukuran terhadap apa yang dimilikinya sekarang.

"Walaupun saya berlainan agama, saya tetap berpuasa untuk menunjukkan hormatnya kepada kawan-kawan lain yang beragama Islam," katanya kepada mStar Online menerusi e-mel.
Baru-baru ini, Chermaine yang juga seorang akauntan bertauliah telah membintang siri drama melayu, Tudung Express. Ia mengisahkan kehidupan empat wanita Islam di Kuala Lumpur.

Jelitawan ini memegang watak seorang mualaf bernama Mei. Sama seperti tiga rakannya yang lain, Chermaine memakai tudung.Ia bukan kali pertama memakai tudung kerana dia pernah memakainya semasa melawat ke Abu Dhabi dulu.Dengan berpuasa penuh pada tahun ini, Chermaine percaya ini dapat melengkapkan pemahamannya tentang wanita Islam yang bertudung selain keindahan Islam itu sendiri.

p/s- Tengok Non-Muslim pun nk puasa penuh, orang kita byk yg xpuasa!!!!

2 ulasan: