Sabtu, 28 Ogos 2010

MOHON PERTOLONGAN KAUM HAWA...

KEPADA KAUM HAWA,

KAUM ADAM MEMOHON PERTOLONGAN KAUM HAWA AGAR MEMBANTU KAUM ADAM UNTUK MENDAPAT PAHALA DAN RAHMAT YAN PENUH DALAM BULAN RAMADHAN INI. TERDAPAT PELBAGAI DUGAAN DAN COBAAN KEPADA KAUM ADAM YANG KUAT TERUTAMANYA BULAN RAMADHAN. KAUM ADAM TAKUT PAHALA PAUSA HANYA TINGGAL KEPENATAN SAHAJA. PERTOLONGAN YANG DIPOHON IALAH:


 

JANGANLAH MENJADIKAN KAUM ADAM MENDERITA DALAM BULAN RAMDHAN YANG MULIA INI. DI MANA SAHAJA KAUM ADAM PASTI TERLIHAT PERKARA-PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA. SUNGGUH KAUM ADAM TAK MAHU MELIHAT SEMUA INI....

 


KAUM ADAM TIDAK SANGGUP LAGI...


 

NI BANYAK KAT PASAR2 RAMADHAN, PUSAT MEMBELI BELAH...AAHH XSANGGUP LAGI....



NI LELAKI MANGKUK MANA TAH.....



MACAM MANA IBADAT YANG KAUM ADAM MENDAPAT IBADAT GRED A KALAU KAUM HAWA TIDAK MEMBERI KERJASAMA. KAUM ADAM MAHU MENJAGA MATA, TELINGA, MULUT DAN YANG PALING PENTING IALAH NAFSU.......ASTAGFIRULLAH!!!!

Lelaki dan Perempuan....

Pada malam Khamis yang lalu, selesai sahaja terawih, Masjid Taman Ria telah mengadakan takzirah bersempena Nuzul Quran. Penceramah dari Jabatan Mufti Negeri Kedah iaitu Ustaz Mohamad Isa telah diundang menyampaikan takzirah.

Takzirah banyak berkisar tentang masyarakat Islam kini dan permasalahan yang menjadi topik panas iaitu pembuangan bayi. Ustaz M.Isa telah menyampaikan satu fakta menarik tentang lelaki dan perempuan iaitu pergaulan. Menurut Ustaz M.Isa, pergaulan lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas yang perlu diawasi setiap masa. Begitu juga dengan tahap pemikiran kedua-dua jantina ini. Lelaki bodoh dan perempuan bodoh jarang menimbulkan masalah dalam pergaulan (umpama tikus tengok besi). Tetapi perlu juga diperhatikan kerana tindakan mereka mungkin boleh berlaku kejadian lebih buruk (bunuh bayi atau buang bayi). Jika lelaki bijak dan perempuan bodoh inilah yang perlu diawasi (umpama lebah menghidu manisan). Lelaki bijak akan mengambil kesempatan ke atas perempuan yang bodoh ini. Sebaliknya jika ada lelaki bodoh, perempuan selalunya akan berada jauh dari lelaki seperti ini (tiada tarikan). Masalah lain pula akan timbul jika lelaki bijak bertemu dengan perempuan bijak iaitu penceraian(pandai cakap dan tipu-helah). 

Yang paling penting ialah bagaimana seseorang individu itu menjaga batas-batas pergaulannya sama ada di sekolah, pejabat, kedai atau di tempat-tempat awam. Perkara-perkara di atas perlu diambil perhatian bagi setiap lelaki dan perempuan dalam pergaulan. Marilah sama-sama kita menjaga batas pergaulan bagi memelihara maruah diri berpandukan Quran Dan Sunnah. Jom sama-sama kita fikirkan......

Isnin, 23 Ogos 2010

Puasa Selama Kehamilan? Bolehkah?

بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

Puasa Selama Kehamilan? Bolehkah? Ini menjadi salah satu pertanyaan yang sering menjelang Bulan Puasa Rhamadan. Jadi bolehkah puasa selama anda hamil? Bilakah seorang Ibu hamil sebaiknya menghentikan puasanya?

Saran yang dapat kami berikan bagi Ibu hamil yang berpuasa:

Ya, Seorang wanita hamil tetap dapat berpuasa selama kehamilannya, asalkan Ibu Hamil sanggup memenuhi asupan gizi dan kalori yang diperlukan selama kehamilannya ini untuk perkembangan dan pertumbuhan bayinya.

Selama berpuasa asupan gizi dan kalori tetap dibuat sama dengan saat tidak berpuasa, yaitu gizi seimbang dengan komposisi 50 % karbohidrat, 30 % protein, dan 10-20 % lemak. Hanya waktunya yang dipindah, semua asupan dipenuhi pada saat sahur, berbuka puasa dan waktu antara berbuka - sahur.

Selama hamil, asupan kalori sangat diperlukan sebagai nutrisi untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Jadi bagi ibu hamil, sebaiknya lebih memperhatikan asupan makanan yang dimakan saat sahur, berbuka puasa dan waktu antara berbuka - sahur.

Dan sebaiknya Ibu hamil memutuskan puasanya bila,:

- Ibu hamil muda dengan morning sickness atau mual-muntah saat kehamilannya.

- Ibu hamil dengan komplikasi lain atau Ibu hamil yang kehamilannya bermasalah, seperti Ibu hamil dengan tekanan darah tinggi, atau kencing manis, atau gangguan pencernaan dll.

- Percayalah terhadap isyarat tubuh anda, bila anda merasa sangat lelah dan tidak dapat melanjutkkan puasa, pusing, gemetar, mual, dan demam ( ini adalah gejala berkurangnya kadar gula dalam darah anda(hipoglikemia)); dan menyadari bahwa asupan kalori makanan untuk kehamilan anda tak mencukupi, maka Ibu hamil sebaiknya memutuskan yang terbaik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya. Memaksakan berpuasa hanya akan mengganggu perkembangan janin.


(c) Dr.Suririnah - www.infoibu.com

Disunatkan Berbuka Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib

Hadith :

Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).

Huraian:

1. Umat Islam hendaklah menyediakan juadah makan malam terutama untuk berbuka puasa dengan hidangan yang sederhana, dan juadah janganlah terlalu banyak sehingga mendatangkan pembaziran.

2. Apabila hidangan sudah disediakan untuk berbuka maka kita adalah disunatkan makan terlebih dahulu sebelum menunaikan sembahyang fardhu Maghrib kerana dengan berbuka kita dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga, dan dapat menunaikan sembahyang dengan rasa bertenaga dan selesa.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Chermaine Poo Pun Mahu Berpuasa Penuh....

PADA tahun lalu, bekas ratu cantik kecil molek, Chermaine Poo berjaya berpuasa separuh jalan semasa bulan Ramadan.Bagaimanapun, pada tahun ini dia berhasrat untuk berpuasa penuh sama seperti umat Islam yang lain.

Dia sedar berpuasa bukan sahaja menyihatkan badan bahkan mengajarnya erti keserdahanaan serta kesyukuran terhadap apa yang dimilikinya sekarang.

"Walaupun saya berlainan agama, saya tetap berpuasa untuk menunjukkan hormatnya kepada kawan-kawan lain yang beragama Islam," katanya kepada mStar Online menerusi e-mel.
Baru-baru ini, Chermaine yang juga seorang akauntan bertauliah telah membintang siri drama melayu, Tudung Express. Ia mengisahkan kehidupan empat wanita Islam di Kuala Lumpur.

Jelitawan ini memegang watak seorang mualaf bernama Mei. Sama seperti tiga rakannya yang lain, Chermaine memakai tudung.Ia bukan kali pertama memakai tudung kerana dia pernah memakainya semasa melawat ke Abu Dhabi dulu.Dengan berpuasa penuh pada tahun ini, Chermaine percaya ini dapat melengkapkan pemahamannya tentang wanita Islam yang bertudung selain keindahan Islam itu sendiri.

p/s- Tengok Non-Muslim pun nk puasa penuh, orang kita byk yg xpuasa!!!!

Khamis, 19 Ogos 2010

Bonus Oh Bonus......


Kerajaan Pulau Pinang dah mengisytiharkan duit raya kepada semua kakitangannya. Semua kakitangan kerajaan Pulau Pinang akan mendapat RM400 seorang..... Kerajaan Pusat Bila lagi??? Jom baca artikal berita tersebut>

GEORGE TOWN: Penang government servants will each get a RM400 one-off gift for Hari Raya on Sept 3, said Chief Minister Lim Guan Eng Wednesday.

This gift to 3,577 state civil servants, to be made a week before Hari Raya, was approved during the state exco meeting Tuesday and would cost a total of RM1.5mil, Lim said.

“The special payment shows that the state government values the services of Penang’s state civil service.

“We hope the employees will be motivated to work harder to enhance the delivery system and give better service,” he said at a press conference.

Lim said Penang’s success in transforming itself into an international city depends on the success of rooting out “Little Napoleon” tendencies and delivering international standards of service.

“After all, Penang cannot transform itself unless our civil service leads the way with international benchmarks.

“Despite discriminatory and reduced allocations from the Federal Government, Penang state public service has improved and many feels that Penang is cleaner and brighter.

“If we succeed, it is only fair that our civil servants enjoy international-scale pay,” he said.

p/s- jeles la saya x dapat walaupun satu negeri......cikgu bawah kerajaan pusat!!!!

Isnin, 9 Ogos 2010

MAWI FEAT ZAMANI TAK MUNGKIN BERPALING



Ni satu lagi...



Ni satu lagi...



Pilih mana nak dengar???

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat menjaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Malam-Malam Istimewa......


Terdapat 4 Malam yang Istimewa untuk Umat Islam. Tapi ramai yang xtau atau xmau ambil tahu....Sesungguhnya 4 malam ini amat2 ditunggu bagi Umat Islam yang sentiasa mencari rahmat dan keampunan Allah swt. Empat Malam tersebut ialah:

1. Malam Nifsu Syaaban- bagi sapa yang xtau, malam ni dah lepas. Rugi2.......

2. Malam Hari Raya Aidiladha- ramai yang xtau tentang malam ni. ramai yang sibuk dok cari kuih raya, tukar langsuir, kemas rumah, iron baju raya dan banyak lagi... Malam ni la untuk dapatkan keampunan dari Allah.

3. Malam 9 Zulhijjah- walaupun malam ni orang yg menunaikan haji sibuk mengerjakan ibadah, kita di Malaysia pun patut berdoa untuk mendapat syafaat dan rahmat dari Allah.

4. Malam Lailatul Qadar- malam yang Allah sembunyikan agar umatNya berusaha mencari kerana sapa pun xtau bila malam tersebut hanya Allah saja yang tahu...

Justeru itu, Jom la kita berusaha untuk memantopkan ibadah kita kepada Allah....Jom Follow.... 

Rabu, 4 Ogos 2010

Daun ketum


KETUM atau lebih dikenali sebagai kratom di kebanyakan negara adalah antara topik paling hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini.

Di Malaysia, daun ketum turut dikenali sebagai daun biak manakala nama saintifiknya pula ialah Mitragyna Speciosa.

Mengikut sejarah, daun ketum mula digunakan di Thailand sejak berkurun dahulu. Ia amat popular di kalangan orang biasa (bukan penagih) kerana kesan penagihannya yang minima selain dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari terutama kepada mereka yang melakukan kerja berat.

Di negara ini, pokok ketum sering menjadi tumpuan penagih sebagai alternatif untuk menghilangkan ketagihan sementara.

Biasanya daun ketum akan direbus terlebih dahulu sebelum diminum airnya yang pahit dan hanya boleh disimpan selama dua hari sahaja.

Pakar ketagihan dan saintis penyelidikan bersekutu, Yale University School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Mahmud Mazlan berkata, kandungan alkaloid di dalam daun ketum yang memberi kesan rangsangan akan hilang sekiranya rebusan itu tidak lagi segar.

Daun ketum yang kering pula akan dikunyah seperti daun sirih tetapi kesannya tidak sebaik daun ketum segar.

Menurut Dr. Mahmud, pengambilan air rebusan daun ketum boleh memberikan dua kesan yang berbeza.

``Ia akan memberi kesan yang sama dirasai ketika mengambil morfin atau kokain. Ramai yang ambil untuk mendapatkan kesan kokain terutama orang kampung yang melakukan kerja-kerja berat.

``Kesan yang dirasai seperti mengambil kokain ini sebenarnya jarang diketahui oleh orang ramai,'' katanya.

Jelas beliau, disebabkan boleh menghasilkan dua tindak balas berbeza, daun ketum dianggap sejenis tumbuhan yang unik kerana ia jarang dijumpai pada bahan lain.

Mengulas lanjut katanya, kesan seperti mengambil morfin akan menyebabkan seseorang berasa mengantuk sama seperti selepas meminum arak atau ubat tidur.

Manakala kesan seperti mengambil kokain pula akan menghasilkan tindak balas yang merangsangkan.

Namun begitu, tindak balas yang terhasil daripada rebusan daun ketum adalah 10 kali lebih kurang daripada morfin sebenar.

Ia hanya menyamai kesan yang dirasai selepas mengambil ubat batuk.

Apa yang memelikkan, tindak balas minuman tersebut terhadap otak adalah berbeza dengan tindak balas morfin terhadap otak.

Walau bagaimanapun, daun ketum dikatakan memberi kesan yang hampir sama dengan daun coca yang digunakan untuk membuat kokain.

Daun coca asli biasanya digunakan oleh buruh kasar di Amerika Selatan terutama yang menetap di Pergunungan Andes.

Selain kurang memberi kesan penagihan, daun coca juga boleh mengekalkan tenaga dan menyesuaikan sistem tubuh manusia dengan kawasan beraltitud tinggi.

``Sebab itulah ramai orang asli di Pergunungan Andes gemar mengunyah daun coca untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari,'' ujar beliau.

Sementara itu, daun ketum yang dianggap bahan paling kompleks ini jarang dilakukan penyelidikan.

Setakat ini hanya terdapat sepuluh penyelidikan bertaraf antarabangsa dibuat ke atas daun atau pokok ketum termasuk di Jepun dan Eropah.

Menurut Dr. Mazlan lagi, di Malaysia terdapat dua kumpulan berbeza yang menggunakan daun ketum.

Para penagih dadah menggunakan daun ketum untuk cuba mengubat diri sendiri. Sebab itu, dalam hal ini daun ketum tidak boleh dipersalahkan.

Semenjak tiga tahun lalu, bekalan heroin didapati semakin berkurangan dan harganya pula semakin mahal.

Ini menyebabkan ramai penagih di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis, utara Perak, Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan sekitar Pahang bertukar kepada daun ketum.

Memandangkan daun ketum juga dapat memberikan kesan sama seperti morfin, penagih heroin mula bergantung kepada daun ketum pula.

Kebanyakan golongan penagih yang ingin berhenti daripada mengambil heroin cuba merawat diri mereka dengan mengambil daun ketum.

Tetapi kesan seperti mengambil heroin daripada daun ketum hanya boleh bertahan di dalam badan mereka sehingga tiga atau empat jam.

Ini menyebabkan para penagih heroin terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara kerap sehingga mereka tidak boleh tidur lebih daripada empat jam.

Kesan gian tersebut sebenarnya bukanlah tindak balas daripada daun ketum tetapi disebabkan kesan pengambilan heroin sebelum itu.

``Keadaan ini menyebabkan penagih heroin mula bertukar kepada ketagihan daun ketum. Malangnya, kuasa daun ketum tidaklah sehebat heroin sebenar,'' jelas beliau.

Katanya lagi, golongan penagih biasanya menggunakan daun ketum dalam bilangan yang banyak iaitu 8 hingga 10 botol sehari bagi mengurangkan rasa gian kepada heroin.

Bagi golongan bukan penagih pula, mereka memerlukan sebanyak satu tin minuman ringan rebusan daun ketum untuk mengekalkan tenaga ketika bekerja sepanjang hari.

``Golongan bukan penagih tidak akan merasai kesan gian malah boleh berhenti meminum air ketum pada bila-bila masa,'' jelasnya.

Pengambilan rebusan daun ketum yang berterusan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk.

Antaranya ialah kulit menjadi gelap, tubuh menjadi kurus kering, kurang tidur, mata merah dan menjadi panas baran.

Dari segi kelakuan dan sifat, keadaan tersebut dilihat sama seperti yang dialami oleh penagih heroin.

Pengambilan rebusan daun ketum secara kerap selama tiga bulan juga boleh mendatangkan masalah buah pinggang dan hati.

``Penagih juga sering berasa loya dan menghidapi gastrik yang serius. Keadaan ini jauh lebih teruk daripada menagih heroin.

``Apa yang saya dapati penagih heroin yang cuba menggantikan heroin dengan daun ketum akan kembali kepada heroin selepas dua atau tiga bulan kerana kesan ketagihannya semakin teruk.

``Tetapi sehingga setakat ini saya tidak pernah menerima atau merawat individu yang ketagih daun ketum,'' ujar Dr. Mahmud.

Sebagai rumusan, rebusan daun ketum tidak akan memberikan kesan khayal kepada seseorang penagih.

Sebaliknya, pengambilannya hanya dapat mengurangkan rasa gian jauh sekali membantu penagih daripada berhenti menagih.

Berbanding daun ketum, pengambilan heroin boleh membuatkan seseorang penagih bertahan lebih lama sebelum berasa gian semula.

``Saya dapati daun ketum hanya boleh bertahan selama empat jam pada satu masa walaupun bahan tersebut diambil sebanyak mana. Disebabkan tindak balas yang kurang berkesan itu, maka daun ketum tidak popular sebagai dadah utama,'' tambah beliau.

P/S- HEHEHEHEH.....

Orang Malaysia Yang Paling Dikenali....

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam saya berjumpa ngan kawan yang selalu melancong ke luar negara. Banyak dah negara yang beliau kunjungi antaranya London, Perancis, Turki, China, Indonesia dan banyak lagi.

Yang paling menarik ialah bila saya tanya tentang Orang Malaysia Yang Paling Dikenali, ini jawapan dari kawan saya ini. Terdapat 3 individu di Malaysia yang paling dikenali. Mereka adalah:

1. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

2. Siti Nurhaliza bt. Taruddin



3. Asmawi Ani atau Mawi


Saya berasa sedikit kehairanan tentang benda ni tapi mungkin benar jugak fakta ni. Negara2 lain tidak kenal orang lain ka? Najib, Pak Lah atau individu2 lain??

Isnin, 2 Ogos 2010

It's Time To Go To The Masjid....(Kempen Jom Pi Masjid)



p/s- Kempen Jom Pi Masjid....

Battle at Kruger



This scene shows us the power of Allah and wisdom

And that these animals are nothing but groups like us to show us the wisdom of Allah

To cooperate to reach our goal

Praise be to Allah

Ahad, 1 Ogos 2010

Jangan Terlalu Lama....


1. Terlalu lama. berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing  manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang  terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

p/s- Lama tu cun x?

Lelaki Terangsang Lihat Pipi Wanita?

Ada orang yang terangsang jika wilayah tubuhnya disentuh secara berperingkat. Namun, ada orang yang justru terangsang jika bukan wilayah inti tubuhnya yang disentuh, seperti pipi. Konon, sentuhan pipi boleh menimbulkan desiran ghairah lelaki.
Kecantikan seorang wanita dapat diukur lewat kebersihan dan kelembutan pipinya. Pipi merupakan cerminan kulit tubuh. Sebab, pipi adalah bahagian paling lebar yang terdapat di wajahnya.

“Seorang lelaki atau wanita akan terangsang jika pipinya dicubit atau digigit. Pipi montok seorang wanita membuat sebahagian lelaki terangsang. Bahkan pipi jauh lebih dapat merangsang lelaki daripada tubuh montoknya. Pipi montok wanita jika diberi rangsangan akan menimbulkan rasa geli, setembam sebarang pipinya, “jelas Muhammad al-Baz lewat bukunya Arabic Kamasutra.

Secara umum, lelaki tertarik dengan pipi wanita yang bersemu kemerahan sebagai penunjuk bahawa dirinya sedang merasa malu, terangsang, dan sedang dalam keadaan sihat. Itu mengapa syarikat kosmetik juga menghasilkan pemerah pipi (blush on) dan pelbagai jenis bedak.

p/s- pipi dalam bahasa perancis bermaksud kencing....hehe jangan pegang pipi saya!!!!

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”

(Muslim)

Huraian:

Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia.

Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

'Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa' setiap 11 September

Sebuah kumpulan gereja di wilayah Florida, Amerika Syarikat, berkata ia merancang untuk membakar naskhah- naskhah Al-Quran di khalayak ramai pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan penggganas pada 11 September 2001, demikian lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Tindakan itu dijangka mengundang ancaman daripada kumpulan-kumpulan Islam dan amaran bahawa ia boleh meningkatkan kes berlandaskan kebencian.

Kumpulan 'Dove World Outreach Center of Gainesville' di Florida, dalam laman Facebooknya berkata ia akan mengadakan satu 'Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa' pada setiap 11 September, lapor AFP semalam.

Ia meminta kumpulan-kumpulan agama lain untuk menyertai rancangannya itu, dalam usaha bersatu dalam perjuangannya untuk 'menentang amalan jahat Islam,' katanya menurut laporan agensi berita itu lagi.

'Islam dan undang-undang syariah bertanggungjawab atas 9/11,' kata paderi kumpulan itu, Dr Terry Jones, kepada AFP.

Kumpulan-kumpulan Islam arus utama mengutuk langkah itu dan menyesali sentimen yang digalakkan oleh kumpulan anti Islam di Gainesville itu.

'Malangnya, di Florida dan seluruh negara, Islam fobia (atau kebencian melulu terhadap Islam) sebenarnya sedang meningkat,' kata jurucakap Majlis bagi Hubungan Amerika-Islam (Cair), Encik Ramsey Kilic, kepada AFP.

'Saya khuatir mereka yang memiliki sentimen anti-Islam mungkin berfikir ini adalah tindakan sah dan mungkin mahu menyerang masjid atau menyerang Muslim di jalanan,' tambahnya.

Kumpulan 'Dove World Outreach Center' itu juga merancang mengadakan satu acara anti-homoseksual esok, 2 Ogos, di luar bangunan Dewan Bandar Raya Gainesville.

Acara yang dinamakan 'Protes Tidak Mahu Mayor Homo' itu bertujuan menentang Mayor Craig Lowe, yang secara terbuka mengaku dirinya homoseksual.

P/S- Allah Maha BerKuasa.....ayuhlah bangkit wahai umat2 Islam....

Ariel perlu kahwini Luna Maya, Cut Tari

JAKARTA - Seorang peguam terkenal di Indonesia, Farhat Abbas menganggap penyanyi Peterpan, Ariel perlu berkahwin dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari selepas skandal klip video seks mereka terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.

"Menurut pendapat saya, jika Ariel, Luna Maya dan Cut Tari mahu meringankan hukuman, Ariel harus menikahi Luna Maya.

"Cut Tari harus bercerai dengan suaminya, kemudian mengikut langkah Luna Maya untuk menikah dengan Ariel," kata Farhat semasa dihubungi pemberita akhbar Detikhot.

Menurutnya, tindakan menikah dengan kedua-dua pengacara terkenal itu merupakan satu-satunya jalan yang terbaik untuk Ariel mendapat hukuman ringan selepas dia disyaki terlibat dalam kes penyebaran video seks melibatkan dua selebriti tersebut.

Setakat ini, Luna Maya, Cut Tari dan Ariel sudah disyaki sebagai suspek dalam klip video lucah.

Ariel kini ditahan di sebuah ibu pejabat polis di sini.

Sebelum ini Indonesia heboh dengan klip video melibatkan pelakon lelaki mirip Ariel yang melakukan hubungan seks dengan kekasihnya, Luna Maya dan Cut Tari iaitu bekas kekasihnya. - Agensi