Tokyo: Kajian
terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata
pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih
dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama
sekurang-kurang 15 jam.
Kajian melalui Internet
itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara
bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih
hanya lebih empat jam sehari.
Kajian itu juga
mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.
Kebanyakannya
menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi
mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan
menghasilkan video.
Keputusan kajian itu
dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam
kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.
Keadaan hampir sama
berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau
telefon pintar.
Kata penganalisis,
kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama
seperti alkohol dan kokain.
Menurut firma itu, 96
peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding
60 peratus pelajar sekolah menengah.
Kajian juga menunjukkan
hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah -
berumur seawal 10 tahun - menggunakan telefon genggam. ─ Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan