KUALA
LUMPUR: Tersebar khabar angin yang mengatakan harga kereta akan turun dengan
pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ialah lebih rendah
daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Pengarah bahagian GST, Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata
selepas mengambil kira pengagihan keuntungan secara margin, harga kereta
dijangka 'lebih rendah', di bawah GST walaupun terdapat perbezaan antara GST
dan SST.
"Industri automotif menjadi sangat efisien dan kompetitif secara bebeberapa
tahun kebelakangan ini. Cukai hanya salah satu faktor.
"Syarikat pengeluar seharusnya menurunkan harga sekiranya kos pengeluaran
rendah ekoran penurunan harga bahan mentah dan komponen kereta," katanya.
Harga
besi dan bahan mentah mula turun sejak penurunan harga minyak beberapa bulan
kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad berkata
harga kereta mungkin akan naik dan bukannya turun.
Hal ini kerana syarikat pengeluar kereta sudah membayar 10 % dalam SST bagi
kereta yang dibeli sebelum April dan mereka mereka yang membeli daripada
pengedar atau pengeluar yang tidak berlesen hanya boleh membuat tuntutan balik
20% daripada cukai jualan yang telah dibayar.
"Bermula 1 April, pengguna terpaksa membayar 6 % GST. Secara keseluruhan,
cukai yang perlu dibayar 8 % ( termasuk sebahagian daripada SST yang tidak akan
dipulangkan) termasuk 6% GST. Ini bermakna harga kereta akan naik (dalam tempoh
sementara) kerana anda perlu membayar cukai dua kali," kata Aishah.
Namun beliau berkata, GST hanyalah elemen yang kecil dalama menentukan harga
kereta kerana elemen yang lebih besar menentukan harga adalah syarikat yang
akan melaksanakan cukai tersebut dan membayarnya kepada Jabatan Kastam. Ia
berjumlah antara 65 % hingga 105% bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan.
Faktor tersebut, merupakan sebab utama yang
menjadikan harga kereta di Malaysia antara yang termahal di dunia.
"Kami telah meminta pengurangan cukai eksais namun jawapan yang kami
terima masih sama, iaitu: 'Tidak'.
"Hasil kerajaan diperolehi daripada cukai (cukai eksais, SST dan cukai
import) dan industri automotif di Malaysia menyumbang sebanyak RM7 bilion setiap
tahun. Ia merupakan satu jumlah yang cukup besar."
Beliau menambah perbezaan antara dollar Amerika Syarikat terhadap Ringgit
Malaysia turut memberikan kesan terhadap harga kereta.
Berbanding pada bulan Januari, perbezaan tukaran dollar Amerika Syarikat
berbanding Ringgit Malaysia ialah 28% hingga 32%.
Kebanyakan syarikat pengedar kereta menggunakan nilai tukaran mengikut dolar
Amerika Syarikat untuk membayar pakej mereka, termasuk kereta yang diimport
daripada Jepun dan Korea Selatan.
Bukan itu sahaja kebanyakan alat komponen dan alat gantian kenderaan juga
dijual dalam nilai dolar Amerika Syarikat.
"Dengan kadar pertukaran yang tinggi, mereka terpaksa mengatasi masalah
ini dan apa yang boleh dilakukan adalah dengan menjual kenderaan mengikut harga
pasaran sedia ada.
"Namun sampai bila mereka mampu bertahan dan menanggung kerugian?
Sekiranya mereka rugi, akhirnya akan terpaksa menaikkan harga," katanya.
- mStar