Kalau dari kecil dah mula merokok dan ibu bapa tidak mengambil sebarang tindakan, apa akan jadi pada anak-anak ini nanti?? Ini salah satu video budak yang merokok dari umur 11 bulan.....
P/S- HARAP IBU-BAPA LEBIH SERIUS DALAM PERMASALAHAN SEPERTI INI.......
Rabu, 9 Jun 2010
Selasa, 8 Jun 2010
Pakej cuti bersalin dibentang ke kabinet
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat cadangan pakej cuti bersalin dan kemudahan lain bagi mewujudkan iklim pekerjaan lebih mesra keluarga.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pakej berkenaan termasuklah cadangan cuti bersalin selama 90 hari yang akan turut menyediakan kemudahan menarik kepada kaum bapa.
"Pakej ini bukan sahaja untuk kaum wanita malah pihak bapa pun akan mendapat kemudahan bagi mewujudkan keseimbangan antara waktu bekerja dan menjalani kehidupan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang) yang ingin tahu mengapa pembabitan wanita sebagai tenaga buruh tidak banyak berubah iaitu 44.1 peratus pada 1980 berbanding 45.7 peratus pada 2008.
Terdahulu, menjawab soalan asal wakil yang sama, Shahrizat berkata kerajaan telah mengambil langkah perlu bagi meningkatkan bilangan wanita yang bekerja.
"Kerajaan telah meminda Akta Kerja 1955 bagi menyediakan peruntukan untuk menggalakkan golongan ibu tunggal dan suri rumah bekerja separuh masa.
"Kerajaan juga mewujudkan portal JobsMalaysia bagi memudahkan wanita yang tidak bekerja mendaftar untuk membolehkan mereka dipadankan dengan pekerjaan sesuai," katanya.
Shahrizat berkata, sehingga Mac lalu, seramai 2,458 wanita telah memperoleh pekerjaan menerusi 139 syarikat dalam program bekerja dari rumah yang diwujudkan oleh kementerian itu.
Katanya, kementerian juga menggalakkan agar diwujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi membantu wanita yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak.
"Bagi menggalakkan majikan di sektor swasta mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak, mereka dikecuali membayar cukai sebanyak 10 peratus daripada kos keseluruhan pembinaan Taska untuk tempoh 10 tahun.
"Kerajaan juga memberi geran pelancaran sebanyak RM200,000 kepada majikan sektor awam yang mengambil peranan untuk menubuhkan TASKA bagi kanak-kanak," katanya.
- Bernama
Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.
Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'
Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.
Mercy Malaysia Teruskan Bantuan Ke Gaza
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bantuan perubatan sukarela Mercy Malaysia (Mercy) menafikan dakwaan bahawa doktornya terkorban di Gaza yang menyebabkan sukarelawannya tidak dihantar menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun ini.
Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus sebaliknya berkata tugasan mereka di Gaza dilakukan oleh rakan kongsi mereka dari kalangan rakyat tempatan di sana.
"Kami mendapat tahu terdapat khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa mengenai kematian doktor kami yang dihantar ke Gaza.
"Kami ingin merayu kepada orang ramai agar menghentikan menyebar SMS berkenaan, kerana ia adalah tidak betul," katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata antara yang sedang diusahakan oleh Mercy di Gaza ialahmengadakan program psikososial bersama Emaar Society, di mana pihaknya telah menubuhkan pusat penjagaan dan rundingan psikologi untuk penduduk di Semenanjung Gaza.
"Konflik berterusan di Gaza telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam di kalangan penduduknya yang masih hidup dan ini adalah antara cara kami menyokong penduduk setempat," katanya.
Dr Ahmad Faizal berkata bentuk bantuan lain termasuk bantuan peralatan perubatan dan ambulans serta pembinaan semula Penempatan Perubatan El-Wafa dan Hospital Pembedahan Pakar.
"Kami merasa kesal yang teramat sangat mengenai berita kehilangan nyawa dan keganasan para sukarelawan yang dihantar ke Gaza dan kami melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang meninggal dan cedera.
"Kami menggesa pembukaan segera, kekal dan tanpa syarat kepada laluan bantuan kemanusiaan dan pekerja bantuan ke Gaza dan sebaliknya," katanya. - BERNAMA
Tahap puas hati terhadap PM di rekod tertinggi
Tahap puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 72 peratus berbanding 69 peartus pada April lalu, menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.
Tahap puas hati paling tinggi dicatatkan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).
Peningkatan tahap puas hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau kepopularan Najib sejak Mac tahun lalu.
Kajian kali ini dijalankan antara 6 Mei sehingga 16 Mei tahun ini - tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor (25 April) dan sebelum pilihan raya kecil Sibu (16 Mei)
Kepopularan Najib mengesahkan bahawa beliau adalah aset terpenting bagi jentera pilihan raya Barisan Nasional.
Sebelum ini, tahap kepuasan rakyat terhadap Najib adalah pada 44 peartus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ketika itu, ekonomi dunia mengalami krisis dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.
Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon.
Apa yang menarik, hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan yang tidak bekerja.
Kajian juga mendapati majoriti, rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah.
61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah. 57 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha mencegah jenayah.
"Apabila dibekalkan dengan senarai isu-isu, 53 peratus responden memilih 'memerangi rasuah' sebagai isu utama yang patut diberi perhatian oleh kerajaan,” kata Merdeka Centre.
Jihad Kaum Wanita
Hadith:
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” (al-Bukhari)
Huraian :
Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid.
Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredhaan-Nya.
Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya.
Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sabtu, 5 Jun 2010
Rachel Corrie sah ditawan Israel
MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.
Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.
Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.
Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.
Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.
Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.
Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.
Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.
Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.
-- Bernama
Rabu, 2 Jun 2010
Malaysia tidak akan bankrap kerana subsidi - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.
Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap Malaysia jika subsidi diteruskan adalah akan menjadi negara ini miskin apabila banyak wang dikeluarkan untuk membantu rakyat manakala pendapatan pula berkurangan.
''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai program meja bulat dan dialog awam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan The New Club of Paris pada pertengahan bulan ini di sini hari ini.
Idris baru-baru ini berkata, Malaysia mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri berkata, ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Dr. Mahtahir berkata, bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak.
Ditanya adakah prinsip yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) harus diteruskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE), beliau berkata, kerajaan perlu membuat kajian terlebih dahulu sama ada dasar itu yang bertujuan memastikan tiada jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah mencapai sasarannya.
''Antara petunjuk yang boleh dilihat adalah ketika krisis kewangan pada 1997 dan 1998, apabila penduduk Indonesia yang ditimpa kesusahan membakar kedai dan rumah kaum Cina di republik itu.
''Ini tidak berlaku di Malaysia. Orang Melayu di negara ini tidak bertindak sedemikian dan mungkin disebabkan DEB telah berjaya sedikit sebanyak menstruktur masyarakat sehingga menyebabkan tidak semua orang Melayu miskin dan tidak semua kaum Cina kaya," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, program meja bulat dan dialog awam pada 15 dan 16 Jun ini bertujuan membincangkan mengenai langkah-langkah bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ekonomi, politik dan sosial berasaskan pengetahuan.
''Segala hasil perbincangan ini akan diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut termasuk kemungkinan dijadikan panduan ketika penggubalan MBE," ujarnya.
- UTUSAN

Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel
Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. - Foto BERNAMA
"Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsulkamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu."
Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin.
Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.
"Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.
"Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara
"Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya.
"Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," tambah beliau.
Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.
"Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu," tambahnya.
Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.
Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.
"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.
Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.
Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.
Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.
- MSTAR

Selasa, 1 Jun 2010
Mari Berselawat...
Selawat Nabi S.A.W
Fadhilat & Khasiatnya
Pengertian Selawat
Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari Allah , memberi berkah dan ibadat.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
Selawat kepada nabi terdiri dari tiga:
1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya.
2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .
3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .
Hukum Membaca Selawat
Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :
1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .
2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir .
3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .
4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .
5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .
6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W
7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .
8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .
9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .
Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.
Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat
1. Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
2. Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
3. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .
Waktu-Waktu berselawat
Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :
1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “
2. Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )
3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .
4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”
5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “
6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “
8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .
10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’e & Daraquthni )
12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi &; Abu Daud)
13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ ( Hadis riwayat Ibnu Sunni )
14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya. “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
15. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung, maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )
17. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawab Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )
18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
P/S- Jomlah sama-sama kita berselawat......
Langgan:
Catatan (Atom)