Ahad, 5 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H



Jika tiada aral melintang dan insya-Allah, umat Islam Malaysia menyambut 1 Syawal pada Jumaat ini bersamaan 10 September 2010. Ini bermakna ada lebih kurang empat hari saja lagi kita berpuasa. Ini juga bermakna Ramadan akan mengucapkan selamat tinggal dan belum tentu lagi kita akan mengecapi bulan mulia ini pada tahun depan.

Hari yang dinantikan ini pasti disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. My Adan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna kepada kita semua. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. Cepat sungguh Ramadhan akan meninggalkan kita..mudah2an bertemu lagi Ramadhan akan dtg..

    selamat menyambut Aidil Fitri dari sy juga..

    BalasPadam