PBPPP penilaian
baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian
Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen
pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.
Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam
menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing
berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA).
Apakah PPPB
PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga
dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.
Apakah PBPPP
PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.
Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri
dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada
baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini
tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.
Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat
Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard
prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP
2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Penilaian Kompetensi
dan Penilaian Keberhasilan
Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian
Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza
bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian
PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut
Elemen Penilaian
Kompetensi PBPPP
1. Nilai profesional
2. Pengurusan aktiviti
3. Sumbangan
4. Kemahiran rofessional PdP
Elemen Penilaian
Keberhasilan PBPPP
1. Keberhasilan PdP
2. Keberhasilan kaunseling
3. Keberhasilan kejurulatihan
Profil PPB Individu
(File PPPB)
Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail
untuk Profil PPB Individu (File PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam
satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan
Guru yang lengkap dalam sebuah File.
Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak
menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami
para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka
lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.
— Hootoh
Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja
mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka
arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi
memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua
jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?
Item dan Isi
Kandungan Profil PPB Individu Guru
Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan
Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan
Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan
Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti
Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan
Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah
/Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan
Lain-Lain
F. Penilaian
PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan
PBPPP: Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan